Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم dan Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl.

My PeSeBuOk ! ! !

Wednesday 7 September 2011

rEdHa ALLAH.... iTu MaTLaMat Qu ! ! !

7 sept 2011

Setiap manusia
Punyai matlamat
Tujuan hidup
Yang mahu mereka capai
Daya penggerak
Untuk mereka terus hidup


qu
Matlamatku
Redha Allah
Tujuanku di sini
Mengapa masih aku hidup
Dan akan ku usahakan
Itu yang kucapai
Kini
Dan di akhir hayatku nanti
Semoga Kau permudahkan ya Allah

Pasti!
Tidak akan aku biarkan
Fatamorgana dunia
Mengaburi mata
Menipu diri
Hancur

Cinta
Jemaah
Pelajaran
Pangkat dan harta
Serta katakanlah apa saja
Hanyalah
Alat
Cara
Wasilah
Juga merupakan ujian
Kurniaan Allah
Mempermudah manusia
Dalam mencapai matlamat sebenar
Menggapai redhaNya
Itu kebenarannya

Kalau alat itu tidak membawa aku mencapai matlamatku
Malah menarikku lebih jauh dari tujuan hidupku
Bukan alat itu yang salah
Yang salahnya pada aku
Tidak pandai mensyukuri alat yang Dia berikan
Lantas silap dalam menimbang kira yang mana utama, yang mana sampingan
Lalu redhaNya, jauh dari gapaian

Tanpa sedar
Kadangkala
Alat telah aku jadikan matlamat
Astagfirullah
Sungguh
Jikalau begitu
Ku telah mengkufuri nikmat yang Kau telah berikan kepadaku ya Allah!
Malu padaMu
Hanya murkaMu yang layak bagiku

Allah
Ampunilah aku
Jika kuleka
Tika kulalai
Sedarkan aku
Bimbingilah aku
Kukuhkan langkahku
Ke jalan redhaMu
Semoga tidak
Kau biarkan aku
Sesat, dengan sepengetahuanMu
Ku pohon
Hanya padaMu
Yang Maha Pengasih, Maha Pengampun
Kerana redhaMu
Itu matlamatku
InshaAllah

Qu
Matlamatku
Redha Allah
Titik noktah.

---
slave of Almighty
Setiap insan tidak akan pernah sempurna
Namun dengan redhaNya
InshaAllah, diri pasti merasa serba cukup!

sekian...


salam...
Powered By Blogger