Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم dan Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl.

My PeSeBuOk ! ! !

Thursday 17 November 2011

♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥

18 oct 2011 . . .


salam dari catt...
lama giler kot qu x update blogger qu nie.... :?
xpe la...
arinie qu nk update la skit....
nie yg qu tulis nie leh r korg read n renung2kn erk...
sekadar untk berkongsi dgn kowg jer nie...
xda kna mgena dgn diri sape2...
termasuk la qu...
hehehe...:)
sebb qu pn bercinta jgk....
(tutp mata sambil wt tgn peace)
okey la....
selamat mem READING taw....


(`'•.¸ "Habis nnt macam mana nak cari isteri?"
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`'•.¸ "Bukan kita kena USAHA ke?"
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`'•.¸ "Nanti kena REJECT macam mana?"
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`'•.¸ "Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?"
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat je apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?

kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`'•.¸ "Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk."
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`'•.¸ "Mak & ayah restu lah."
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`'•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`'•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~

Jangan DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.Kerana hakikatnya JODOH itu bukan ditangan manusia.Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihnya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi...

sekian....
salam...

Thursday 13 October 2011

Bantulah Aku Melawan Nafsu ! ! !

13 oct 2011...
Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Allah, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Allah, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Allah, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Allah, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Allah

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Allah, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Allah, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku..

sekian...
salam....

Sunday 9 October 2011

_ SaHaBaT . . . MaAfKaN DaKu _


Saya mempunyai seorang teman, kawan, sahabat yang amat rapat. Kami berkenalan sejak beberapa tahun dahulu. Perkenalan kami tidak dirancang. Hanya dengan sedikit perkongsian kisah suka dan duka, kami menjadi rapat. Saya pernah menangis kerananya. Malah beliau juga pernah menangis kerana saya.
Ukhuwwah kami semakin bertaut rapat, serapat adik beradik kandung. Tidak ada harta yang kami berkira. Kami juga saling sayang menyayangi, mungkin bak Abu Bakar menyayangi Muhammad S.A.W.
Andai saya tahu hasrat  yang sahabat saya inginkan sesuatu, saya akan menghadiahkan barang kesukaannya itu. Harga dan nilai tidak pernah menjadi pertimbangan saya. Pada saya, kegembiraan sahabat saya adalah kebahagiaan saya. Usahkan permintaan untuk ditunaikan, hasrat dihati beliau pun akan saya selami untuk disempurnakan.
Itulah juga yang sahabat saya lakukan. Pantang didengari yang saya inginkan sesuatu, pasti sahaja dia akan menunaikan hasrat tersebut. Makan minum dan sakit demam saya sentiasa diambil berat. Pernah apabila saya demam, beliau menemani saya sepanjang malam.
Andai kami terpisah selang beberapa waktu, pasti rindu akan membelit jiwa dan raga. Jangankan sehari atau seminggu, sejam sahaja sudah tidak mampu melelapkan mata.
Pada saya, kesakitan beliau adalah kesakitan saya. Bak mafhum hadis nabi, cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Yang sakitnya kepala, yang merungutnya mulut, yang mengusapnya tangan dan yang tidak lenanya adalah mata. Begitulah kami diibaratkan.
Justeru itu, saya tidak rela untuk menyakiti jasad meski hatinya. Andai ada orang lain yang mengutuk sahabat saya, maka tanpa berlengah, saya akan membela. Saya tidak pernah mengumpatnya, apatah lagi mengeji dan mengejeknya. Jauh sekali untuk memfitnah atau menjadi batu api. Apa yang saya lakukan hanyalah yang terbaik, demi seorang sahabat yang amat saya sayangi.
Pada suatu hari, saya terlanjur menyakiti hatinya. Cepat saya menyedari kesilapan itu. Hati saya gusar dan resah ditambah sedih dan pilu.Seharian saya tidak selera untuk makan dan sering mengalirkan air mata. Saya mesti meminta maaf darinya.
Setelah berjumpa, saya lantas meminta maaf bersungguh-sungguh. Air mata saya mengalir. Tangannya saya genggam erat. Namun, anak mata saya malu untuk betentang dengan matanya. Saya malu kerana saya bersalah dan berdosa. Saya berjanji untuk tidak akan mengulanginya.
Pada saya, pasti bukan mudah untu kesalahan itu dimaafkan. Tapi, sungguh tidak disangka-sangka, beliau memaafkan saya. Sekali lagi saya mengalirkan air mata. Betapa mulianya dirimu wahai sahabatku.
Setelah itu, kasih sayang saya padanya menjadi lebih dalam dan semakin mendalam. Saya lebih behati-hati dalam tutur dan tingkah laku. Bahagianya saya mempunyai sahabat sebegitu. Sahabat yang penyayang, pemurah, peramah, penghibur, peneman yang setia, pemaaf, malah segalanya. Dialah sahabat saya untuk saat duka mahupun duka.
Suatu ari saya termenung. Memandang ufuk yang kian menjingga. Andai itu nilai saya pada sahabat, bagaimana pula kepada DIA?
DIA mengasihi saya sejak saya masih belum bernyawa, malah terus mengasihi sehingga nyawa saya dicabut semula. Malah beterusan sehingga dimasuk dan dicabut untuk kali kedua. DIA Al-Rahman, Al-Rahim.
DIA yang ternyata lebih dekat kepada saya berbanding urat tengkuk saya. Sentiasa bersama saya samada ketika saya tidur mahupun jaga.
DIA juga yang menyembuhkan saya ketika saya sakit. Memberi saya makan sewaktu saya lapar. Memberi saya minum ketika saya dahaga.
DIA yang tidak penah lekang perhatiannya kepada saya, malah mengirimkan pula malaikatnya untuk menjaga saya setiap masa.
DIA yang telah menunaikan segala permintaan saya dan sentiasa rindu untuk mendengar rintihan dan cerita saya, terutama di waktu malam.
DIA yang telah memberikan saya makan, minum, pakai, sihat dan rezeki. DIA lah juga yang mengurniakan sahabat sebaik itu kepada saya. DIA tidak pernah meminta saya membalas segala pemberianNya yang tidak ternilai harganya. Sebiji mata saya tidak akan terbayar dengan emas seisi dunia.
Dan saya, tidak pernah merinduiNya. Tidak pula pernah mengasihiNya. Waktu temujanji kami lima kali setiap hari selalu saya mungkiri. Kami hanya bertemu pada hujung waktu. Tapi, DIA tetap mengasihi saya.
Saya selalu melakukan kesilapan dan dosa terhadap DIA. Malah, jarang pula sedara akan kesilapan saya dan kalau tersedara, jarang pula untu saya meminta maaf dan ampun. Kalaupun ada saya meminta ampun dan maaf, air mata saya tidak mengalir.
Ya Allah, sesungguhnya aku amat berdosa padaMU. Namun kesudianMu untuk mengampuniku tidak pernah padam. Aku ingin kembali kepadaMu dengan hati suci, seperti hati Ibrahim.

sekian...
salam....

Saturday 8 October 2011

:::[ Coretan Buat Wanita ]:::

9 oct 2011...
     بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم



Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.

  
Nabi saw bersabda : “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki syurga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah Swt, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”



* Seoarang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seorang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.

* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

* Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.

* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.

* Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.

* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Swt akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.

* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.

* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.

* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.

* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.

* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.

* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah swt, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga.

* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.

* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah. Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai AL-Khalik”

Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada Allah Swt, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi. Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.

Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang laki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan.. Semua tergantung kepada amalan para wanita.


Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :

Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemuda lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”

 Sekarang sudah jelas dengan apa dan bagaimana seharusnya kita bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para pemuda dapat mengarahkan wanita kearah kebaikan, selama dari pihak pemuda tidak mempunyai keinginan kearah tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia...

sekian...
salam...

Friday 7 October 2011

... Ketika Allah Memilihmu Untukku …  

6 OCT 2011...
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..

Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..

Ketahuilah, aku hanya wanita biasa
dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..

Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui
bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan
panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta’ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..

Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..

Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..

Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .

Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..

Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..

Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…

Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…

Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Dari Ummu Salamah, ia berkata, “Rasulullah Shallallahu’ alaihi wa Sallam bersabda : “Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga.” (HR. Ahmad dan Thabrani)

sekian...
salam....

Tuesday 4 October 2011

4 YoUr iNfOMaTiOn ! ! !

4 oct 2011....
salam . . .
qu kt cnie ada bnda nk share dgn kowg . . . .
qu bkn nk tunjuk yg qu nie muslimah sngt kn . . . .
pada sape2 yg xska tgk BLOG qu ker ? ? ? FB qu ker ? ? ? TWITTER qu ker ? ? . . .
kowg leh la BLOCK qu dri kowg pnye member n unfren qu taw ! ! ! . . . .
harap maklum la kn . . . .
law ada yg terasa ker ,
tersentuh jiwa raga ker . . .
sowie la erk . . .
nie qu nk cite kebenaran . . . .


qu nie xda la bek sgt mcm MALAIKAT ker , NABI ke . . . . ? ? ?
qu nie mcm owg biasa jgk .  . .
qu pnye BLOG suka ati qu la nk jd ISLAMIC ker ? ? ? 
MUSLIMAH ker ? ? ?
USTAZAH PILIHAN ker ? ? ?
kowg jgn nk bz body erk . . . .
Law xsuka,xpyh tgk . . .
yg gatal p read n see 2 nape? ? ? ! ! !


qu xda la rugi GILER law xkwan dgn owg2 yg xska qu nie . . . 
Len la u 2 anak RAJA ker ? ? ?
anak SULTAN ker ? ? 
mang terasa rugi la law qu xkwan dgn u okey ! ! !
sikit pn qu xksah la law u xda dlm list MY BFF FFFOREVER ! ! !
SEBELUM NK KATA QU NIE hipokrit KER ! ! !
FANTESTIKA ker ? ? ? 
tgk diri 2 dlu okey . . .
Law u PERFECT no.hal la kn . . .
nie, u pn xbtol jgn nk ckap owg la . . .


Law qu nie btol2 HIPOKRIT ! ! ! 
qu duk sowg2 la xda member . . .
nie x, qu p mane2 pn ada je member qu . . .
harap umur je dh tua tp otak xtaw la lex mane . . .
pk la POSITIF skit ! ! ! 
pagai mengalahkn bdk 4, 5 thun . . . .
padahal kubur dh pggil dh kot . . .
== (touching sambil selawat coz kn QU NIE ISLAMIC)


Rasanye, selama qu kwan dgn sape2 ,
xpnh lg la qu curi BF dia ker ? ? ?
HUSBAND dia ker ? ? ?
xda sape yg pnh ckap qu nie HIPOKRIT ker ? ? ? 
ISLAMIC ker ? ? ?
BUSUK ATI ker ? ? ?
xpnh rasanye coz xda lg owg komen cm 2 kt qu . . .


tp pelik jgk . . .
dh la xknl sape owg yg dia sembg . . .
tp dia leh cite mcm2 kt owg 2 . . .
padahal knl pn blum . . .
ikut suka hati je nk ckap qu mcm2 . . 
senang cm nie la . . . 
u pergi la canang kt semua owg ckap qu HIPOKRIT . . . .
N LAW U DH PUAS ATI U STOP OKEY ! ! !
I NK STOP KN XLEH COZ MULUT U BKN ZIP SELUAR KER ! ! !
TEMPAYAN KER ! ! !
HARAP MAKLUM ! ! !


Pada sape2 yg xknl qu,
xpyh nk MENILAI qu nie mcm2 coz kowg pn xknl qu sepenuhnye ! ! ! 
law rasa qu nie kurang ajar sngt sowie la erk . . . 
qu memang kurang ajar n qu nie xska ckap blkg2 . . .
law nk ckap ker , nk perli ker . . .
ckap je dpn2 . . .
pnat la dngar mulut owg . . .
mcm2 bau dh ada . . .
sekurang2nye, qu xda la kecoh 1 MALAYSIA ckap qu nk BERTAUBAT tp xwt pn ! ! !
so, pndang la langit, tnye la diri ! ! ! 
ada pham ! ! !


P/S :: SAPE YG MKN PETAI, DIA RASA LA BAUNYE ! ! !
KAWAN SUKAR DICARI , MUSUH SENTIASA MENANTI ! ! 


sekian...
wasalam....[ ops....ter ISLAMIC la plak]



Monday 3 October 2011

♥♥ ♥♥ Janganlah Kamu Bersedih♥♥ ♥♥

3 oct 2011...
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
...
♥♥Mungkin Anda pernah membaca ayat ini: “Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita.” (Surah at-Taubah, ayat 40) Lalu, bagaimana jika kita tetap merasa sedih? Ini ertinya ada sesuatu yang salah dalam hati kita. Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah beserta kita. Jika kita masih tetap juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekat dengan Allah.

♥♥Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis. Menangis dalam rangka takut dan berharap kepada Allah malah dianjurkan supaya kita bebas dari api neraka. Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.

Bersedih Itu Manusiawi

♥♥Para Nabi bersedih. Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang mencintai dan dicintai beliau. Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam sedih. Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa larut dalam kesedihan.

♥♥Bersedih Tidak Diajarkan

♥♥Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemukan ayat maupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.

♥♥“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah beserta kita.” (QS.At-Taubah:40)

♥♥“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)

♥♥Rasulullah saw pun berdo’a untuk agar terhindar dari kesedihan,

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.” (HR. Abu Daud)

♥♥Lalu, bagaimana supaya kita tidak bersedih?

♥♥Jika kita melihat ayat dan hadis yang disebutkan diatas, setidaknya kita sudah memiliki dua solusi agar kita tidak terus berada dalam kesedihan.

♥♥Pertama: dari ayat diatas (At Taubah:40) bahwa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui, dan mengingat bahwa Allah bersama kita. Jika kita sedar bahwa Allah bersama kita, apa yang perlu kita takutkan? Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

♥♥Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahwa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.

♥♥“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’d:28)

♥♥Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan yaitu berzikrilah, dengan berzikir mengingat Allah.

♥♥Saat mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering digunakan untuk berzikir.

1. ♥♥Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
2. ♥♥La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
3. ♥♥Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
4. ♥♥Tentu saja, masih banyak kalimat-kalimat baik lainnya yang boleh Anda ucapkan

♥♥Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi sinar setelah berzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Tentu saja, bukan saja zikir di lisan tetapi harus sampai masuk ke hati.

♥♥Kedua: cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdo’a seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.

♥♥Tentu saja, masih banyak cara supaya kita tidak bersedih. dengan dua cara utama diatas kita akan mendapatkan mamfaat yang luar biasa. Bersedih masih mungkin kita alami, tetapi tidak lagi bersedih yang berlebihan dan berlarut-larutan. Kerana hidup dan perjuangan harus diteruskan.

♥♥Janganlah kamu bersedih.

Semoga bermanfaat...

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

sekian...
salam...

Sunday 2 October 2011

:::[ CiNta SeOraNG PEmuDA ]:::

2 oct 2011...


Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul.
Sungguh!
Sampai saya takut nak pengang.
bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…
sungguh!
Sebab itu saya belikan dia tudung.
Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan!
Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila…
takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta! 

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya…
solid betul.
Sungguh!
Sebab itu saya belikan dia telengkung supaya masa ‘dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala…
syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Saya pun macam itu juga.
Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’
saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa…
semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam;
“Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla bla.”
Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun.
Aduuuuh…
berdosanya saya!
Saya memang sayang sangat pada dia.
Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya.
Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber‘dating’di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya. 

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.
Ya Allah, ampunkanlah kami…
semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…

sekian...
salam...

Saturday 1 October 2011

:::Jangan Menghukum Orang Yang Tidak Bertudung:::

2 oct 2011....


Dalam proses seharian kita bergaul dan berinteraksi sesama manusia, lebih-lebih lagi dengan kaum Muslimin dan Muslimat, kita mesti berbaik sangka dengan mereka. Tanpa kita sedari, apabila kita menghukum atau mengadili seorang gadis atau  wanita yang tidak bertudung, maka kita telah melakukan satu kesalahan, iaitu salah tanggap tentang seseorang. Kita perlu ingat bahawa kita tidak tahu menahu tentang latar belakang seseorang itu. Mungkin gadis remaja atau wanita itu tidak tahu mengenai kewajipan bertudung. Mungkin dia hidup di dalam satu budaya atau famili yang tidak mengamalkan bertudung. Mungkin dia datang dari keluarga yang melarangnya daripada memakai tudung. Mungkin dia belum menerima "seruan" untuk bertudung. Mungkin keluarganya memang tidak memahami, apa lagi mengamalkan tudung, atau keluarganya mempunyai konflik atau memusuhi beberapa individu dalam hal begini. Dan pelbagai macam kemungkinan, yang kita belum tahu.

Kekerasan dan kata-kata sindiran yang menyinggung perasaan seseorang manusia  akan menyebabkan mereka yang tidak bertudung menjauhkan diri daripada wanita yang bertudung. Yang paling kita takutkan ialah dia didekati oleh mubaligh bukan Muslim. Jika mereka melihat sekeliling serta membuat perbandingan lantas mendapati ada sesetengah golongan Muslim mempunyai pandangan negatif terhadap yang tidak bertudung, memilih kasih, hanya duduk dalam lingkungan kelompok bertudung saja, terlalu mudah menghukum dan menilai, orang  yang tidak bertudung itu tadi akan menjauhkan diri dan tidak berminat untuk mendengar atau menyambut  ajakan kita.

Kita seharusnya menjadi sahabat mereka terlebih dahulu. Apa yang mereka perlukan lebih segala-galanya ialah persahabatan. Kebanyakan remaja hari ini merasakan diri mereka dipinggirkan dan tidak boleh bersahabat dengan kedua ibu bapa mereka, mungkin kerana tidak boleh menerima pandangan atau bercerita dengan mereka. Ini menyebabkan mereka mencari alternatif lain iaitu dengan mencari hiburan bersama rakan mereka di luar. Oleh itu, kita ada peluang keemasan untuk mendekati mereka. Kita  perlulah bersikap mesra, menunjukkan kasih sayang dan mempunyai hubungan yang baik seperti kawan dengan golongan remaja, sama ada di dalam sesebuah organisasi mahupun di dalam aktiviti kemasyarakatan. Persahabatan bukanlah sekadar di bibir mulut saja. Tidak cukup hanya sekadar mengatakan “saya suka awak, saya ambil berat terhadap awak,” . Tetapi persahabatan yang sebenar dan prihatin timbul melalui kehidupan bersama seseorang, dan berada di sisi apabila diperlukan, terutama apabila remaja meghadapi konflik dan pancaroba.

KESIMPULANNYA:
  1. Janganlah kita gunakan kekerasan dan kata-kata sindiran  yang boleh  menyinggung perasaan gadis atau wanita  yang tidak bertudung.
  2. Kita mesti jalin persahabatan yang baik dan mesra cara terbaik dan secara 'subtle' ajak mereka supaya bertudung.
  3. Kita jangan sekali-kali mengutuk atau menyindir mereka yang tidak memakai tudung.
  4. Kita harus beri sokongan moral kepada mereka yang masih mencari-cari identiti dan menentukan pendirian samaada hendak memakai tudung atau tidak.
sekian...
salam...

Friday 30 September 2011

:::Kenapa Perempuan Cantik, Pakai Tudung?:::


1 oct 2011...


1.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...NAK COVER SEGALA2NYA  
2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA JAGA MARUAH DIRI DIA  
3.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA CANTIK  
4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA  
5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA ANAK SOLEHAH  
6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA  
7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA HORMATI ORANG LAIN.  
8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA  
9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT  
10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN  
11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA NAK DAPAT PAHALA  
12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT  
13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN  
14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA  
15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DENGAR SURUHAN NABI  
16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI  
17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)  
18.kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAKDan TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbut..
Firman Allah swt,   "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)  
"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"  


sekian...
salam...
Powered By Blogger