Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم dan Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl.

My PeSeBuOk ! ! !

Saturday 1 October 2011

:::Jangan Menghukum Orang Yang Tidak Bertudung:::

2 oct 2011....


Dalam proses seharian kita bergaul dan berinteraksi sesama manusia, lebih-lebih lagi dengan kaum Muslimin dan Muslimat, kita mesti berbaik sangka dengan mereka. Tanpa kita sedari, apabila kita menghukum atau mengadili seorang gadis atau  wanita yang tidak bertudung, maka kita telah melakukan satu kesalahan, iaitu salah tanggap tentang seseorang. Kita perlu ingat bahawa kita tidak tahu menahu tentang latar belakang seseorang itu. Mungkin gadis remaja atau wanita itu tidak tahu mengenai kewajipan bertudung. Mungkin dia hidup di dalam satu budaya atau famili yang tidak mengamalkan bertudung. Mungkin dia datang dari keluarga yang melarangnya daripada memakai tudung. Mungkin dia belum menerima "seruan" untuk bertudung. Mungkin keluarganya memang tidak memahami, apa lagi mengamalkan tudung, atau keluarganya mempunyai konflik atau memusuhi beberapa individu dalam hal begini. Dan pelbagai macam kemungkinan, yang kita belum tahu.

Kekerasan dan kata-kata sindiran yang menyinggung perasaan seseorang manusia  akan menyebabkan mereka yang tidak bertudung menjauhkan diri daripada wanita yang bertudung. Yang paling kita takutkan ialah dia didekati oleh mubaligh bukan Muslim. Jika mereka melihat sekeliling serta membuat perbandingan lantas mendapati ada sesetengah golongan Muslim mempunyai pandangan negatif terhadap yang tidak bertudung, memilih kasih, hanya duduk dalam lingkungan kelompok bertudung saja, terlalu mudah menghukum dan menilai, orang  yang tidak bertudung itu tadi akan menjauhkan diri dan tidak berminat untuk mendengar atau menyambut  ajakan kita.

Kita seharusnya menjadi sahabat mereka terlebih dahulu. Apa yang mereka perlukan lebih segala-galanya ialah persahabatan. Kebanyakan remaja hari ini merasakan diri mereka dipinggirkan dan tidak boleh bersahabat dengan kedua ibu bapa mereka, mungkin kerana tidak boleh menerima pandangan atau bercerita dengan mereka. Ini menyebabkan mereka mencari alternatif lain iaitu dengan mencari hiburan bersama rakan mereka di luar. Oleh itu, kita ada peluang keemasan untuk mendekati mereka. Kita  perlulah bersikap mesra, menunjukkan kasih sayang dan mempunyai hubungan yang baik seperti kawan dengan golongan remaja, sama ada di dalam sesebuah organisasi mahupun di dalam aktiviti kemasyarakatan. Persahabatan bukanlah sekadar di bibir mulut saja. Tidak cukup hanya sekadar mengatakan “saya suka awak, saya ambil berat terhadap awak,” . Tetapi persahabatan yang sebenar dan prihatin timbul melalui kehidupan bersama seseorang, dan berada di sisi apabila diperlukan, terutama apabila remaja meghadapi konflik dan pancaroba.

KESIMPULANNYA:
  1. Janganlah kita gunakan kekerasan dan kata-kata sindiran  yang boleh  menyinggung perasaan gadis atau wanita  yang tidak bertudung.
  2. Kita mesti jalin persahabatan yang baik dan mesra cara terbaik dan secara 'subtle' ajak mereka supaya bertudung.
  3. Kita jangan sekali-kali mengutuk atau menyindir mereka yang tidak memakai tudung.
  4. Kita harus beri sokongan moral kepada mereka yang masih mencari-cari identiti dan menentukan pendirian samaada hendak memakai tudung atau tidak.
sekian...
salam...

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger