Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم dan Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl.

My PeSeBuOk ! ! !

Sunday 7 August 2011

CiTa - CiTa ZaMaN DuLu . . .


PERNAH X KOWG TERFIKIR....

masa aku sekolah dulu, ustaz aku pernah tanya semua pelajar dalam kelas "apa cita-cita kamu".. lepas tu semua orang pun bagitau la cita-cita masing-masing.. aku juga tak terkecuali.. cita-cita aku ketika zaman sekolah dulu nak jadi doktor.. tapi paper biologi spm aku kantoi.. so takleh nak teruskan cita-cita asal aku.. kah kah kah.. eh lari topik pulak.. kembali ke topik asal.. semua student pun memberitahu cita-cita masing-masing kepada ustaz..

hidup ni tak palat pun sebenaqnya.. hampa lebih-lebih sangat pasaipa.. haha

bila dah selesai bagitau cita-cita masing-masing, ustaz aku pun menegur kembali semua student agar mengubahsuai sikit cita-cita kami.. contohnya, sekiranya aku ingin menjadi seorang doktor, aku perlu menambah pada cita-cita aku agar aku menjadi doktor yang beriman dan berjaya didunia dan akhirat.. hal ini sangat mempengaruhi aku sampai ke hari ini..

hari ini, aku telah mengubah cita-cita aku kerana aku lebih ke arah teknologi maklumat dan dunia pengkomputeran.. tapi aku tetap berpegang dengan kata-kata ustaz aku.. apa jua cita-cita kita, kita kena jadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat.. sebagai seorang berkelulusan dalam bidang pengkomputeran, aku selalu cuba relatekan agama dengan apa yang aku belajar.. contohnya :

kita tahu sistem komputer perlu ada processor, memory, dan input/output untuk membolehkan kita mengetahui dan memahami setiap aktiviti yang berlaku dalam komputer kita.. tidakkah itu sama juga dengan kita sebagai manusia? manusia juga ada processor, memori, input dan ouput.. hehehe.. betapa jauhnya jarak diantara teknologi kita dan teknologi allah kan?

dalam komunikasi rangkaian (networking) manusia mampu menghantar data untuk difahami oleh medium penerima dengan menggunakan teknologi wireless seperti bluetooth, 3G, uhf & vhf, radio dan lain-lain.. pernahkah anda tertanya bagaimana teknologi komunikasi Allah? bolehkah anda pertikai bahawa Allah boleh mengetahui segala perbuatan kita? teknologi Dia lagi canggih beb!!

anda suka program? anda pandai mencipta robot? carilah teknologi mana dalam dunia ni yang mampu mengatasi otak dan akal manusia.. tiada!! manusia terkejar-kejar untuk mencipta AI (artificial intelligence) yang sempurna.. tapi sebenarnya 'manusia' ni adalah AI yang terindah pernah tercipta.. kan?

jadi kalau anda kaki pukul, penzina, suka ambik rasuah ataupun anda seorang manusia yang suka buat jahat, bagaimana kalau aku kata pandangan mata mangsa anda itu juga sebenarnya related dengan Allah.. hehehe.. Allah lagi bijak dari anda.. dia dah pasang 'webcam' siap-siap kat jasad manusia ni :)

p/s : apakah cita-cita anda? auww

hehe...^_*

sekian.....

salam 4 u all...

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger