Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم dan Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl.

My PeSeBuOk ! ! !

Thursday, 11 August 2011

JaNgAn MeNgAiBkaN oWaNg LaiN . . .


12ogos2011
Semalam, sempat qu membca Berkenaan ‘Jaga Aib’. qu rasa ingin dikongsikan kepada anda. Kalau qu tak muatkan di dalam blog ni, mungkin qu lupa atau qu tak sempat ceritakan kepada sesiapa.
Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’.Apa tah lagi mendedahkan video sex.
Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”
“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.
Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:
*Cerita keburukan orang
*Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
*Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
*Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya
Contoh lagi..
Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.
Bagaimana mendedahkan aib sendiri?
Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”
Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.
Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.
Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai.
Satu lagi untuk saya sampaikan. Jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram.
Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang. Tidak ada untungnya.
sejahat mana sekali pun kita tak berhak hendak menghina atau memalukan orang, mereka bersalah dengan Maha Esa jadi kita tidak berhak menghukum mereka .


ingtlah n renungkn lah erk...^_*
sekian...
salam...

No comments:

Post a Comment